Welcome to

Jangan jadi "Seperti Katak Ditimpa Kemarau"

Untuk menghantar komen, berita dan melihat artikel tertentu sila DAFTAR


"If You Love Your Country, Be Brave..."

Empayar Agung Rome hancur dan musnah kerana mereka hendak mempertahankan pemimpin mereka.....


KRITIKAL bukan bererti MENENTANG
Selamatkan Negaraku Malaysia dari tangan mereka itu


 

Bismillahirrahmanirrahim.

Wassalatu wassalamu ala rasulillahi ajma in.
Ya Rabb, Syifa tu bi iz nillah!
Sihatkanlah hambamu Mahathir Mohamad dari keadaan nya sekarang
jika ianya ada keredhaan dari mu Ya Rahman.
Amin Ya Rabbal Alamin.


"Mereka boleh memilih untuk menggerakkan seluruh jentera media, pemimpin dan para sultan untuk menyerang Mahathir, namun melihat liku-liku perjalanan hidup insan bernama Dr. Mahathir hanya ada dua perkara dapat menutup mulutnya; sama ada kerajaan membetulkan kembali apa yang salah atau mengharapkan beliau ke liang lahad secepat mungkin."

Pilihan ditangan Abdullah Badawi dan takdir Allah.







Mengapa ada orang yang MELENTING
Apa yang ditulis disini mungin ditulis didalam blog lain dan ada yang diambil dari blog kawan-kawan yang lain.

Kalau tidak aku.. orang lain akan menulis mengenai sesuatu isu.. apakah kita menjadi pembaca kemudian merungut dan melenting..

Itu sahaja kemampuan yang ada.
Tidak perlu menjadi bloggers untuk menjawab persoalan, kalau kita ada fakta berikan komen. Pembaca boleh menilai.

Sekarang bukan masa untuk mengampu tetapi masa memperbaiki kelemahan parti.

Mereka yang ikhlas dalam perjuangan menyelamatkan parti akan dpinggirkan oleh orang-orang yang berkepentingan.

Jangan tunduk kepada golongan tersebut. Teruskan usaha.

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT


Zionis menyokong Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Malaysia Akan Datang?



Zionis menyokong Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Malaysia Akan Datang?

Terjemahan rencana oleh Shani Ross, Kordinator bagi Program Eksekutif & Persidangan

di Institute Antarabangsa Anti Pengganasan (ICT), Pusat Antara Disiplin Herzliya,

Israel (International Institute for Counter-Terrorism (ICT), Interdisciplinary Centre).
- Diterbitkan dalam akhbar Israel, Jerusalem Post pada Mac 20, 2008




Pengakuan Lokman


Anwar dakwa 3 orang rancang kes liwat, PM jamin keselamatan
Posted by kamaluddin on Tuesday, July 01, 2008 @ 16:26:17 EDT (52 reads)
 

Kenapa Anwar gelabah berok? Siapa sebenarnya berkonspirasi? Rasa macam ada bau Nuar dan Dollah nak berkonspirasi.

Sudah-sudahlah tu, menipu pun beragak lah. Jangan ingat semua orang BODOH. Jawab segala pertuduhan di mahkamah dan jangan cuba nak 'dvert' dengan cerita konspirasi. Di mahkamah nanti sebut pasal kes jangan bangkitkan isu yang tidak relevan.

Bermula sekarang PKR kembali kepada perjuangan asalnya untuk membela Anwar AlJub. PKR sebenarnya tidak pernah ditubuhkan untuk membela rakyat. Temberang semata-mata.

Kesian budak tu.. dahdi belasah ikut belakang, dihina dan dicaci.

Aku cabar Anwar bersumpah dengan nama Allah bahawa beiau tidak melakukannya dan diturunkan bala sekiranya sumpah 
beliau tidak benar.

BERTAUBAT LAH.... INGAT BALASAN TUHAN...

KEPADA PENGIKUT ANWAR ALJUB, KALAU BETUL-BETUL SAYANGKAN DIA NASIHATKANLAH BELIAU SUPAYA BERTAUBAT DAN JAUHI DIRI DARINYA.

BILA TIADA SOKONGAN DIA AKAN BERHENTI BUAT FITNAH DAN MENERIMA APA SAHAJA HUKUMAN ATAS KESALAHANNYA.

SOKONGAN YANG DITERIMA MEMBUAT BELIAU JADI ANGKUH.

ANWAR Ibrahim dengan ditemani Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana, Petaling Jaya petang tadi. - Lakunan yang tidak lagi boleh diterima ramai.

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga orang yang dikenali Mohd Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam rancangan dakwaan meliwat membabitkan beliau.

"Saya pasti tuduhan ke atas saya mesti dirancang oleh ketiga-tiga karakter ini, bukan orang lain," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor petang tadi.

Pada sidang akhbar itu Anwar juga mendakwa Saiful mempunyai hubungan akrab dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak; isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan pegawai khas Najib, Khairil Anas Yusof. 

Anwar menjelaskan, Saiful bukan bekerja secara tetap dengannya tetapi mula berkhidmat secara sukarela dengan PKR dalam kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Beliau juga berkata peguamnya telah menulis tiga pucuk surat kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan untuk mendapatkan tarikh beliau boleh memberi keterangan untuk membantu siasatan kes terbabit.

"Peguam saya ada berhubung dengan mereka, tapi sampai sekarang mereka belum jawab,"  katanya.

Anwar juga berkata, sebab utama beliau bersembunyi di kediaman Duta Turki, Barlas Ozener, adalah bagi menjaga keselamatannya.

Kedutaan Turki dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibenarkan berada di kediaman dutanya atas dasar perikemanusiaan semata-mata.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan keselamatan Anwar sentiasa terjamin dan menolak sebarang kemungkinan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan dianiaya.

Jaminan itu diberikan oleh Abdullah ketika pertemuan kira-kira 20 minit dengan isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wam Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pejabatnya di bangunan Parlimen berikutan dakwaan Saiful yang mendakwa diliwat majikannya itu.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu Abdullah berkata, kerajaan tidak sekali-kali akan menganiayai atau menzalimi sesiapa atau membuat tuduhan tidak berasas terhadap mana-mana pihak.

Katanya, jaminan kerajaan itu diberikannya kepada Azizah setelah beliau meminta agar kerajaan memastikan nyawa suaminya itu tidak terancam tidak dizalimi.

Abdullah berkata, kerajaan juga akan memastikan bahawa keselamatan orang yang membuat tuduhan terhadap Anwar itu serta yang dituduh sentiasa terjamin.

Mengenai kesangsian yang dilahirkan Azizah terhadap kredibiliti siasatan terhadap suaminya nanti memandangkan dua personaliti yang terlibat dalam siasatan terhadap Anwar 10 tahun lalu iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail akan terlibat dalam siasatan kali ini Abdullah berkata: "Musa dan Gani adalah orang yang profesional dan berkredibiliti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing."

Katanya, walaupun Anwar telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani, pada peringkat ini masih terlalu awal bagi kerajaan untuk membuat ketetapan mengenai peranan kedua-duanya dalam siasatan kes itu.

Ditanya sama ada kebimbangan Azizah terhadap keselamatan suaminya itu berasas atau sebaliknya, Abdullah berkata, itu hanya perasaan mereka sedangkan pada hakikatnya undang-undang mempunyai peruntukan untuk memastikan keselamatan semua pihak terlibat.

Ditanya sama ada jaminan kerajaan tentang keselamatan Anwar dan mereka yang terlibat dalam kes itu boleh dilihat sebagai campur tangan kerajaan dalam siasatan polis Abdullah menidakkannya.

Jelas beliau, semua yang terlibat adalah mereka yang berpengalaman tinggi dalam tugas mereka dan jaminan yang beliau berikan kepada Azizah adalah sesuatu yang memang diperuntukkan undang-undang.

Mengulas kenyataan pemimpin-pemimpin PKR bahawa mereka mempunyai maklumat yang disampaikan badan perisik sebuah negara jiran tentang usaha membunuh Anwar dan usaha pihak yang tidak dinamakan untuk membawa masuk pembunuh upahan untuk tujuan itu Abdullah berkata:

"Kalau mereka ada apa-apa maklumat tentang ancaman terhadap nyawa Datuk Seri Anwar, mereka perlu lapor kepada polis dengan memberikan maklumat yang tepat. Jangan hanya buat andaian dan cakap-cakap.

"Saya harap tidak ada pihak buat andaian, spekulasi dan lontar tuduhan pada mana-mana pihak. Biarlah siasatan kes ini dijalankan dengan adil."

Ulasan?
Sampai bila lah hendak jadi pelakon terbaik. INSAF lah
Posted by kamaluddin on Tuesday, July 01, 2008 @ 16:08:49 EDT (44 reads)
 


GAMBAR SEKITAR ISU ANWAR IBRAHIM HARI INI
01-07-2008 11:54:16 PM

BERIKUT SENARAI GAMBAR PERGERAKAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM YANG MEMBUAT LAPORAN POLIS DAN MENGADAKAN SIDANG MEDIA DI IBU PEJABAT PKR DI TROPICANA, PETALING JAYA PETANG INI SERTA RAPAT UMUM DI STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM (1 JULAI 2008)


Anwar Ibrahim menunjukkan salinan laporan polis pada sidang media petang tadi. Laporan yang untuk berkonspirasi dan mengalih pandangan daripada kes sebenar MELIWAT

Anwar Ibrahim pada sidang media bersama pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat. 

Anwar Ibrahim bersama isterinya ketika sidang media. . Lakonan yang mungkin mendapat simpati sidungu

Anwar Ibrahim menjawab soalan wartawan. Beliau terdiam sejenak ketika ditanya soalan mengenai ALIBI

Anwar Ibrahim ketika tiba di pekarangan IPK Selangor, Shah Alam petang semalam. 

Arahan melarang wakil Utusan Malaysia daripada membuat liputan sidang media Anwar Ibrahim. 

ANWAR Ibrahim diiringi keluar oleh peguam-peguamnya dari IPK Selangor.

ANWAR Ibrahim menghadiri rapat umum di Stadium Meliwati, Selangor malam tadi.

Ulasan?
Liwat dan Konspirasi
Posted by kamaluddin on Sunday, June 29, 2008 @ 14:15:59 EDT (144 reads)
 

Analisa berita

Anwar Ibrahim sekali lagi diheret dengan masalah salah laku meliwat. Kali ini kerana laporan pembantu beliau sendiri, Saiful Bukhary Azlan. Laporan telah dibuat di Pondok Beat HKL dan pengadu telah menjalani ujian di HKL.
Baca seterusnya... | Ulasan?
Nik Aziz bersetuju dengan perbuatan liwat
Posted by kamaluddin on Sunday, June 29, 2008 @ 03:48:40 EDT (69 reads)
 

29/06/2008 1:41pm
Nik Aziz akui tuduhan terbaru terhadap Anwar jejas pembangkang

KOTA BHARU 29 Jun — Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui tuduhan terbaru terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mencalarkan imej pembangkang dan polis perlu menyiasatnya secara terperinci.

Beliau berkata, tuduhan itu juga boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang pemimpin parti politik seperti Anwar.

“Iya lah (tuduhan) ini boleh mencalarkan imej (pembangkang) dan saya sebagai ketua kampung (Mursyidul Am Pas) sedih kenapa ada tuduhan seperti ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.
Ulasan?
Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
Posted by kamaluddin on Saturday, June 28, 2008 @ 13:40:30 EDT (99 reads)
 


Gambar pengadu

Mereka dalam keadaan terdesak dan terpaksa menghantar sms kepada pemuja AlJuburi untuk tujuan diversion. Usah lah terpedaya sekali lagi dengan lagak alim AlJuburi. Cukup lah tu.

sms:

"Polis telah menahan pembantu DS Anwar Ibrahim, Saiful Bahari petang ini dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat oleh DSAI. Polis dijangka menangkap DSAI malam ini. Sebarkan"l

Usahah terikut-ikut menyebarkan sms ini kerana tiada faedah malahan mendatangkan dosa bersubahat dengan kemungkaran..

Maka selepas ini berkokok lah mereka mempertahankan AlJuburi dengan hujah menggunakan Ayat Allah dan sembahyang hajat.

Buat masa ini Anwar dipercayai bersembunyi di Kedutaan Turki bagi mengelak ditangkap untuk tujuan soalsiasat.

Anjing kalau dah biasa makan taik, tak dimakan dihidunya juga


Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Baca seterusnya... | Ulasan?
Starbucks dibenar beroperasi di IPTA
Posted by kamaluddin on Wednesday, June 25, 2008 @ 12:41:25 EDT (38 reads)
 

Mengapa lah Menteri tu tak bisik dengan aku pasal kekurangan tu. Kalau aku tahu awal-awal lagi aku buka cafe Tea Akar Rawai.

Untuk penyediaan WiFi bukan masalah besar, kecil saja belanjanya. Bulanan tidak sampai RM250.00 dan infrastruktur dan bayaran pemasangan tidak sam RM1,500.

Haji Samuri Satay pun mampu buka cafe sate dan sediakan WiFi di IPTA.

Mungkin Menteri tu fikir orang melayu tidak tahu mengenai teknologi asas WiFi agaknya.

Selama ini aku fikir IPTA sudah disediakan WiFi sepenuhnya. Di UPSI jaring sediakan secara menyeluruh sehingga ke Kolej kediaman.

Dengan kemunculan teknologi WiMax, Teknologi WiFi telah menjadi murah. IPTA mampu untuk menyediakan kemudahan WiFi secara menyeluruh dengan kos yang lebih rendah sekarang menggunakan WiMaz sebagai backbone.

Starbucks dibenar beroperasi di IPTA

25/06/2008 6:21pm

PUTRAJAYA 25 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada syarikat francais seperti Starbucks, Kopitiam dan Dunkin Donuts membuka premis mereka di pusat pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ulasan?
Kerajaan Nafi Malaysia Hadapi Masalah Polarisasi Kaum Yang Semakin Buruk
Posted by kamaluddin on Wednesday, June 25, 2008 @ 09:08:34 EDT (26 reads)
 

Petang tadi aku terbaca di Bernama Online mengenai perpaduan. Kerajaan menafikan berlaku polarisasi kaum yang terburuk di Malaysia sekarang ini. Isu ini ditimbulkan oleh Lim Kit Siang.
 
Disebabkan saat itu aku sedang bersantai di kedai kopi maka aku tangguhkan untuk memperkatakan mengenainya. Sehinggalah aku terlihat di http://chedet.com yang menulis mengenai soal perpaduan ini. Petang tadi aku dan Che Det mempunyai pemikiran yang sama mungkin .. :)

Bagi aku yang merasai zaman pemerintahan kesemua Perdana Menteri terpaksa mengakui keadaan ini.

Polarisasi ini berlaku kerana pelbagai faktor semasa. Antara yang terpenting ialah kerana ramai dikalangan Ahli politik muda cuba menjadi jaguh. Mereka mula membangkitkan kembali persefahaman antara kaum yang telah di persetujui semasa menuntut kemerdekaan. Bayangkan mereka yang tidak berada dizaman itu dan tidak mahu mengkaji sejarah mula bercakap mengenainya.

Mereka sepatutnya menjadi jaguh dengan merealisasikan persefahaman tersebut atau berusaha untuk mengambil peluang Dasar Ekonomi Baru bukan sekadar bercakap untuk mengapi-apikan.

Perpaduan antara kaum juga boleh dicepatkan sekiranya negara berada didalam keadaan stabil dari segi politik dan ekonominya.
 
Kita lihat peristiwa di Makasar Indonesia sebagai contoh. Ketegangan antara kaum tiba-tiba memuncak kerana ketidakstabilan politik ketika itu dan ditambah dengan kenaikan mendadak bahan api. Kehidupan satu puak yang sememangnya terhimpit dan dihimpit lagi dengan keadaan politik dan ekonomi yang teruk menyebabkan mereka menyalahkan kaum lain. Maka tercetuslah perbalahan antara kaum. Hilanglah perpaduan.

Kerajaan tidak harus sekadar menafikan soal polarisasi kaum tetapi sebaliknya memikirkan langkah seterusnya bagi memulihkan keadaan dari segi politik, ekonominya dan sosialnya.

Pembangkang juga memainkan peranan penting dalam berlakuknya polarisasi kaum dinegara ini.
 
PAS tidak pernah memikirkan soal perpaduan selain dari menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Mereka menutup mata seolah-olah tidak sedar bahawa pecahan kaum dinegara ini hampir 50 - 50 diantara melayu dan kaum lain.

Kerajaan Nafi Malaysia Hadapi Masalah Polarisasi Kaum Yang Semakin Buruk
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kerajaan hari ini menafikan dakwaan parti pembangkang kononnya Malaysia kini menghadapi masalah polarisasi kaum yang semakin buruk.
Baca seterusnya... | Ulasan?
Pembaziran Wang Rakyat - Pembatalan projek landasan berkembar dan elektrifikasi keretapi.
Posted by kamaluddin on Tuesday, June 24, 2008 @ 11:56:29 EDT (33 reads)
 

Aku pernah menulis mengenai perkara ini 3 tahun yang lalu kerana menyampah bila Abdulah membatalkan pembinaan landasan berkembar Ipoh - Padang Besar. Dan aku faham perasaan Tun yang ingin melihat kemajuan.

Penangguhan dan ketiadaan projek pembangunan untuk kemudahan rakyat menyebabkan rakyat mula berfikir kembali untuk menyokong parti pemerintah. Ini terbukti dalam setiap ceramah oleh pembangkang mereka bercakap soal pembangunan dan penjanaan ekonomi.

Berita ini aku ambil dari laman web http://chedet.com

Malaysia mempunyai salah satu rangkaian lebuhraya yang terluas di Asia Tenggara.

Tetapi jalanraya masih lagi sesak, tidak dapat menampung keperluan jumlah kereta yang sering bertambah. 

Terlalu banyak kenderaan berat seperti lori kontena dan pengangkut kenderaan menggunakan jalanraya menyebabkan kesesakan. Bilangannya bertambah dan jumlah kontena dari Selatan Thai juga menyumbang kepada kesesakan.

Dimana landasan rel berkembar dan keretapi elektrik diperkenalkan, ianya menjadi begitu popular.

Pemilik kenderaan individu akan meletak kenderaan mereka di stesen komuter untuk berulang-alik ke tempat kerja. Ini melegakan kesesakan jalanraya.

Kita tidak ada pengguna yang ramai untuk keretapi laju tetapi landasan berkembar dan penggunaan keretapi elektrik dapat meningkatkan perkhidmatan dan kelajuan sejajar dengan keperluan kita. Di dalam masa akan datang keretapi akan menjadi lebih popular apabila kesesakan jalanraya bertambah dan perjalanan kenderaan jalanraya menjadi terlalu sibuk. Setiap tahun kira-kira setengah juta kenderaan baru didaftarkan.

Baca seterusnya... | Ulasan?
Pemimpin bebas gantung diajak bantu martabatkan UMNO
Posted by kamaluddin on Tuesday, June 24, 2008 @ 05:41:19 EDT (34 reads)
 

Jangan lupa zikir hadhari "KAMI SOKONG" 99 kali 7 kali sehari. Takut nanti TERgantung lagi.
Martabatkan Abdullah dan Keluarga


Pemimpin bebas gantung diajak bantu martabatkan UMNO
KUALA LUMPUR 23 Jun - Kehadiran beberapa pemimpin berpengalaman yang kembali semula ke dalam UMNO setelah menjalani tempoh penggantungan amat dialu-alukan bagi tujuan mengukuhkan lagi kedudukan parti.

Isa Samad layak bertanding
KUALA LUMPUR 23 Jun – Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Samad yang tamat tempoh penggantungan keahliannya berkuat kuasa hari ini, layak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti Disember ini.
Ulasan?
Calon pemilihan UMNO ditegah hadir kenduri, guna pelobi
Posted by kamaluddin on Tuesday, June 24, 2008 @ 05:37:54 EDT (24 reads)
 

Dah banyak kali aku hadhir kenduri yang sebenarnya kempen. Ingatkan nak pergi tahlil dan yang utamanya nak makan masakan istimewa orang tempatan, rupanya ada agenda lain.

Ada calon Timbalan Ketua (sekarang ini Ketua Pemuda)  hadhir sama dan yang lain tu calun-calun yang nak bertanding berbagai jawatan. Aku nak bertanding juga tapi tak terfikir itu cara untuk memperkenalkan diri. Mempersendakan kenduri tahlil.

Gelojohlah lah mamat Ketua Pemuda tu nak naik cepat. InsyaAllah tergolek lah tu.

Calon pemilihan UMNO ditegah hadir kenduri, guna pelobi
PUTRAJAYA 23 Jun – Berkuat kuasa bulan depan, calon-calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ditegah menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mengelakkan risiko digantung keahlian dan dipecat daripada parti.
Ulasan?
Tkziah untuk keluarga Eric Chia
Posted by kamaluddin on Tuesday, June 24, 2008 @ 05:29:45 EDT (33 reads)
 

SUNGAI PETANI 24 Jun – Ahli perniagaan yang pernah menggemparkan negara berhubung kes penyelewengan Perwaja Steel, Tan Sri Eric Chia Eng Hock, meninggal dunia di hotel miliknya di sini pagi ini.... Berita Penuh
Ulasan?
Penggantungan keahlian UMNO Isa Samad berakhir hari ini
Posted by kamaluddin on Monday, June 23, 2008 @ 06:32:37 EDT (49 reads)
 

KUALA LUMPUR 23 Jun – Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini secara rasmi tamat tempoh penggantungan keahliannya dalam parti itu.

Surat memaklumkan berakhirnya tempoh itu yang berkuat kuasa 23 Jun 2008 dihantar kepadanya oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Jumaat lalu.

Mohd. Isa yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mengetahui reaksinya berkata:

“Saya tersenyum, saya tersenyum... itulah reaksi saya apabila dapat surat itu.

“Dari dulu saya tidak pernah dipecat (keahlian UMNO), saya cuma digantung dan hilang hak sebagai ahli.

Baca seterusnya... | Ulasan?
malysia dah jadi gila
Posted by kamaluddin on (29 reads)

Pengunjung writes "askum....mintak maaf kite nie nak tumpang ckit ja pendapat kite ni.apa dah jadi dgn pemerintahan skrang........dimana kerajaan yang berfikiran bijak....ape ke bodo orang skrang...oittttttttt...............korang nak makan ayam selesema burung ker???????????yang kuat makan ayam tu kurang2 kan la.............pasal minyak kite x berkira sangat...mmg lah skrang satu dunia minyak naik...xp jagn jadi bodo dgn banding kan dgn negara lain...matawang dia lain..................mintak maaf lah terkasaR bahasa cikit....aku dah lama peram benda nie....kenapa pak lah x macam pemerintah lama???????????dia 2 makan,makan gak duit xp x abai kan rakyat xp skarang???......apa dah jadi?sekarang malaysia dah kucar kacir....apa dah jadi.........................mujur lah rakyat malaysia x wat tunjuk perasaan...xp dalam diam2 itu semua jadi tekanan tau....ramai dah rakyat malaysia bunuh diri...bayang masalah gamaknya....mintak maaf lah...saya nie budak baru belajar kalu salh tolong tunjuk kan..ade ade terkasar bahasa 2 adat lah....hm....sape lah saya nak kalu nak di banding kan dengan kerajaan..mau2 kene tangkap saya nie...mintak maaf lah kalu teraSA EAK...

Contributed by Pengunjung on Sunday, June 22, 2008 @ 00:53:10 EDT"


Ulasan?
Pos Malaysia jelaskan RM437.23 juta rehat tunai bahan api
Posted by kamaluddin on Saturday, June 21, 2008 @ 17:08:00 EDT (42 reads)
 

Mengapa POS Malaysia yang menjadi agen tunggal bagi perlaksanaan rebet tunai bahan api?

Untuk pengetahuan, Avenue Capital Resources Bhd memegang 15.6% saham Pos Malaysia Services Holdings Bhd. Sekarang Avenue Capital Resources Bhd telah diambilalih oleh ECM Libra daripada Khazanah Nasional dengan cara yang boleh dipertikaikan kerana peranan Khairi Jamaluddin.

Khairy kononnya telah melupuskan saham beliau  didalam ECM Libra kepada  Tan Sri Azman Hashim selepas isu pengambilalihan tersebut mula dipertikaikan. Dipercayai saham tersebut sebenarnya dipegang secara proxy oleh Dato’ Kalimullah Masheerul Hassan. Dimasa yang sama  Dato’ Tony Fernandes dibawa masuk kedalam syarikat.Avenue Capital Resources Bhd.

Jelas lah, yang untung didalam kenaikan bahan api adalah ECM Libra begitu juga SCOMI yang dimiliki oleh anak Abdullah melalui Prasarana, Badan Bas dan Monorail.

Kita diminta mengubah car hidup dan mereka juga mengubah cara hidup menjadi lebih mewah.

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd. telah menjelaskan sebanyak RM437.23 juta bagi rebat tunai bahan api sejak 14 Jun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pos Malaysia menyatakan bahawa 56 peratus daripada pemilik kenderaan individu berkelayakan telah menuntut rebat mereka di premis Pos Malaysia seluruh negara.

"Pos Malaysia sekarang ini sedang menyiasat dakwaan oleh pemilik kenderaan persendirian bahawa rebat mereka dijelaskan dengan cara yang salah kepada individu yang tidak mempunyai kuasa untuk menerimanya. Pihak yang membuat aduan akan dimaklumkan selepas hasil penyiasatan diketahui," katanya.

Pos Malaysia juga berkata ia telah melakukan pengawalan yang perlu dalam menjelaskan rebat tunai bahan api.
Ulasan?
Minyak: Protes PKR S'gor gagal
Posted by kamaluddin on Saturday, June 21, 2008 @ 16:13:31 EDT (47 reads)
 

Angkatan Muda (AMK) PKR Selangor merancang mengadakan 10 bantahan serentak selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negeri tetapi tiada sambutan.

petrol hike 30 cents 280206 khairul anuar ahmad zainudin Tinjauan Malaysiakini di masjid negeri di Shah Alam menunjukkan tiada sesiapa hadir, manakala di sebuah masjid di Ampang, hanya empat orang kelihatan mengangkat sepanduk bantahan.

Berbeza dengan sambutan 2,000 penyokong pembangkang dalam demonstrasi Jumaat minggu lalu yang diketuai ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, bantahan pergerakan muda PKR disertai tidak sampai 100 orang.

Menurut kenyataan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin semalam, masjid-masjid yang bakal menyaksikan protes pada hari ini ialah: masjid Kampung Melayu Ampang, masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi, masjid simpang tiga di Gombak, masjid Kajang, masjid Sekincan, masjid negeri di Shah Alam, masjid bandar baru Sungai Buloh, masjid Hulu Bernam, masjid Bukit Naga di Seksyen 32, Shah Alam dan masjid di Damansara Utama.
Baca seterusnya... | Ulasan?
Undi tidak percaya: Presiden SAPP nafi Anwar tawar jawatan TPM
Posted by kamaluddin on Saturday, June 21, 2008 @ 11:01:08 EDT (51 reads)
 

YONG Teck Lee (kiri) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Raymond Tan sambil diperhatikan oleh Dr. Chua Soon Bui pada sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi SAPP di Kota Kinabalu hari ini. - fotoTHESTAR

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menyifatkan sebagai tidak masuk akal dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa beliau mengkritik Perdana Menteri kerana termakan tawaran daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"Saya tidak termimpi pun mahu jadi Timbalan Perdana Menteri. Mungkin kerana saya lantang menyuarakan isu mengenai Sabah maka beliau (Khairy) boleh cakap apa aja. 

"Kalau bukan kerana kemenangan cemerlang BN Sabah dan Sarawak... BN sudah jatuh dalam pilihan raya yang lepas.

"Jadi apa salahnya kita minta perhatian sedikit. Khairy seorang muda. Dia kena banyak belajar (dalam politik)," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Serbaguna Likas, dekat sini hari ini.

Baca seterusnya... | Ulasan?
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Posted by kamaluddin on Saturday, June 21, 2008 @ 07:23:32 EDT (30 reads)
 

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG terkejut dengan reaksi Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel terhadap kenyataan Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Hindraf.

Beliau bukan sahaja membidas malah membangkitkan soal asal usul Dr. Mahathir. Pada Awang, ia tindakan keterlaluan.

Sepatutnya beliau menunjukkan kematangan dan bukannya emosional sehingga kelihatan menghina negarawan yang banyak berjasa.

Lagipun pandangan Dr. Mahathir dikongsi oleh banyak pihak terutama ramai orang Melayu di akar umbi yang melihat Hindraf sebagai gerakan pelampau.

Wajarkah MIC ghairah menyokong kumpulan yang memfitnah dan mensabotaj negara di peringkat antarabangsa serta merusuh dan melanggar undang-undang? Bagaimana pula jika ada pertubuhan Melayu atau kaum lain bertindak demikian?

Selama ini, para pemimpin Melayu berani mengambil risiko menentang golongan pelampau agama dari kalangan kaum itu kerana lebih mengutamakan keselamatan negara dan kepentingan semua kaum.

Tetapi nampaknya Palanivel dan mungkin ramai lagi lebih utamakan kaum mereka. Dan siapa sebenarnya menyokong pelampau?

Awang – Anti pelampau kaum.

 
Ulasan?
Kembalikan demokrasi dalam UMNO untuk elak ahli memilih Pembangkang kerana kecewa
Posted by kamaluddin on Saturday, June 21, 2008 @ 06:44:53 EDT (46 reads)
 

http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini mengesa ahli UMNO mengembalikan kuasa Kepimpinan dalam UMNO kepada akar umbi dan bukan ditentukan oleh pemimpin pemimpin UMNO.

“Ahli yang berkuasa, Ahli yang menentukan siapa yang menjadi pemimpin".

Beliau menyingkap kisah dimana setelah Perang Dunia Ke II, British memaksa Raja Raja Melayu melepaskan kuasa dan menjadikan Tanah Melayu jajahan koloni British.

 

Dalam program yang anjurkan UMNO Cawangan Gopeng di Ipoh pagi ini, beliau menegaskan

"Orang Melayu bersatu untuk menyokong sistem beraja. Kemudian UMNO memilih agar rakyat yang berhak menentukan kuasa pemerintahan (demokrasi) melalui sistem Raja Berperlembagaan"

“Hari ini sistem demokrasi tiada lagi dalam UMNO kerana ahli dan pemimpin dihalang untuk mengamalkan sistem demokrasi”, menjelaskan keadaan dimana ahli ahli UMNO dihalang untuk bertemu dan mengadakan perbincangan, yang dilihat sebagai mencabar Kepimpinan.

“Kita berjaya Merdeka dan menentang British, walaupun masa itu kita (orang Melayu) tidak ada apa apa, kerana kita berani, ”, apabila mengulas fenomena orang dan pemimpin UMNO hari ini tidak lagi berani menyuarakan hasrat dan suara hati mereka secara terbuka dan kritikal kepada Kemimpinan.

“Kita sebenarnya menipu diri sendiri, ”, apabila menjelaskan sebenarnya rakyat yang akan menentukan Kepimpinan, walaupun mereka dihalang menyuarakan pendapat (sebaliknya berlaku fenomena “Saya sokong”) dan akhirnya menyuarakan perasaan sebenar mereka apabila mengundi Pembangkang dalam Pilihanraya Umum. “Ini yang berlaku dalam PRU 12. Rakyat mengundi siapa saja yang diletak Pembangkang, walaupun Posmen dan yang menyanyi dalam karaoke”.

Baca seterusnya... | Ulasan?
Zaid Dan Kerajaan Perlu Bersedia Bertanggungjawab Sekiranya Pindaan Semula Artikel 121 Bawa Kesan Buruk
Posted by kamaluddin on Saturday, June 21, 2008 @ 06:38:52 EDT (23 reads)
 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan kerajaan perlu bertanggungjawab jika tindakan untuk mengembalikan Artikel 121 (1) Perlembagaan Persekutuan kepada peruntukan asalnya membawa kesan buruk kemudian, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan yang diterajuinya ketika itu mempunyai sebab-sebab yang tertentu untuk meminda artikel berkenaan.

"Jadi kalau dia (Zaid) berpendapat bahawa sekarang ini tidak perlu lagi pindaan yang itu, terpulanglah. Kalau ada kesan buruk, itu mesti ditanggungjawabkan.

"Jangan kita buat sesuatu, lepas itu bila berlaku kesan buruk kita tidak (mahu) bertanggungjawab... itu tak boleh," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Harapan Malaysia' di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah di sini Sabtu.

Beliau diminta mengulas implikasi yang bakal timbul sekiranya usaha mengembalikan artikel itu kepada peruntukan asalnya menjadi kenyataan.

Zaid selepas menyampaikan cek pembayaran ex-gratia kepada bekas Hakim Mahkamah Agung Tan Sri Azmi Kamaruddin di rumahnya, di Kuala Lumpur semalam, berkata penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan usaha mengembalikan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan kepada peruntukan asal mungkin memerlukan lebih banyak masa kerana masih ada pihak yang perlu diyakinkan mengenai kebaikannya.

Zaid berkata dua cadangan itu sepatutnya dikemukakan kepada jemaah menteri minggu depan, tetapi mungkin ditunda daripada jadual yang disasarkan berikutan masih ada yang mahu penjelasan lanjut mengenainya.

Sementara itu Dr Mahathir melahirkan rasa sedihnya dengan kecaman yang dilemparkan oleh Azmi terhadapnya dan mempersoalkan mengapakah kecaman itu dilontarkan sebaik menerima cek pembayaran ex-gratia itu semalam dan hanya selepas lima tahun beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu pada sesi soal-jawab selepas menyampaikan ucaptamanya, bekas presiden Umno itu berkata beliau hanya akan kembali kepada Umno sekiranya anggota dan pemimpin Umno menghentikan sokongan membuta-tuli mereka terhadap pemimpin.

"Saya turut merayu kepada ahli dan pemimpin Umno supaya setia kepada diri sendiri, bangsa, agama dan tanah air..." katanya menjawab permintaan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Rapat Hamidah Osman yang merayu beliau agar kembali menyertai Umno dan bersama-sama melakukan perubahan dari dalam parti itu.

Turut menghadiri majlis hari ini ialah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Tan Sri Sanusi Junid dan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali.
Ulasan?
Jenama Islam Hadhari telah beri kesan negatif!
Posted by kamaluddin on Friday, June 20, 2008 @ 14:34:17 EDT (26 reads)
 

MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri tetap mempertahankan prinsipnya sebelum ini yang menolak jenama Islam Hadhari.

Ketika diajukan isu pengharaman Islam Hadhari yang telah diusulkan oleh Kerajaan Selangor baru-baru ini, beliau berpendapat Datuk Seri Abdullah Badawi perlu akur bahawa jenama Islam Hadhari telah memberi kesan negatif di atas apa pun alasan yang diberikan oleh penyokong-penyokong jenama tersebut.

"Walaupun saya tolak jenama Islam Hadhari tapi saya pertahankan isi kandungannya yang bagus. Pak Lah sepatutnya tidak mendengar hujah yang diberikan oleh penyokong-penyokong jenama Islam Hadhari," katanya.

Antara kelemahan Islam Hadhari ini ialah adanya lambakan hiburan yang berlebihan dan menyusahkan masyarakat Islam.

"Saya bukan anti hiburan. Cuma hiburan tidak boleh berlebihan kerana generasi muda tidak ada tumpuan terhadap tanggungjawab dan nilai-nilai patriotik, negara dan bangsa. 

"Nilai-nilai ini perlu dipertahankan kerana saya lihat remaja lain tidak begitu dan longgokan hiburan ini hanya pada orang Melayu saja," katanya lagi.

Sebelum ini, Dr. Asri antara yang lantang memberi pandangannya tentang Islam Hadhari.

“Istilah Islam Hadhari telah mengelirukan banyak pihak walaupun isi kandungannya baik. Malangnya, perlaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diwar-warkan.

Beliau mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ Islam Hadhari supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam Hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu.

Susulan itu, Dr Asri juga pernah membuat kenyataan supaya dibuang saja namanya tapi makan isinya seperti kueh tahi itik di Kelantan - "tak perlu panggil tahi itek, cuma makan sudahlah”.

"Jangan silap faham, saya pertahankan inti kandungan Islam Hadhari," katanya.

Ulasan?
Jalannya berlubang-lubang - Lubangnya berjalan-jalan
Posted by kamaluddin on Friday, June 20, 2008 @ 13:47:09 EDT (32 reads)
 

Sejak kenaikan harga minyak secara mendadak, kerajaan mengambil berbagai langkah untuk meringankan beban rakyat (kononnya)

Pemberian rebet, gaji 2 kali sebulan (dah tak jadi pulak-pelik lah Abdullah ni) dan berbagai-bagai langkah lagi lah kononnya akan dibuat.

Yang lebih teruk adalah langkah berjimat cermat kerajaan.

Tidak kah nanti langkah ini mengundang petaka kepada berbagai industri. Sebagai contoh industri perhotelan bila kerajaan mengumumkan tidak mahu lagi mengadakan seminar di hotel-hotel. Maka ramailah nanti pekerja industri ini terpaksa berhenti akibat kelembapan pasaran. Dimana mereka hendak mencari nafkah. Bukan senang untuk berubah dari satu kemahiran kepada pekerjaan yang memerlukan kemahiran berbeza. Industri lain juga mengalami kemerosotan dan tidak mampu mengambil mereka yang tidak bekerja.

Kalau langkah yang dibuat oleh pemimpin boleh dipertikai oleh orang ditepi jalan waima penagih dadah, maka tidaklah layak mereka memimpin.

Pemimpin kena berfikir mendahuli yang lain dan melampaui waktu serta berinovatif.

Nor Mohamed Yaacob bukan lah cerdik sangat.. Beliau sebenarnya memiliki pemikiran seorang spekulator bukan ahli ekonomi. Semasa di Bank Negara perkhidmatan beliau tidaklah secemerlang mana.

Semasa zaman Tun Dr Mahathir beliau cuma penasihat dari segi 'rules and regulation' perekonomian sahaja bukan merancang macam di zaman Abdullah. Nak harap Abdullah memberi sentuhan ekonomi, memang hancurlah negara. Serah sahaja bulat-bulat kepada penasihat yang lebih berminat menjadi spekulator.

Apa rekod kecemerlangan Nor Mohamed? Mun Long? cuba sebut mana yang mendapat sentuhan beliau akhirnya berjaya?


Maka jangan hairan nanti di kota-kota besar akan banyak 'lubang yang berjalan-jalan' untuk mencari sesuap nasi.

Itulah teori ekonomi terbaik yang boleh difikirkan oleh Imam Hadhari.
Ulasan?
Ex-gratia atau rasuah?
Posted by kamaluddin on Friday, June 20, 2008 @ 13:23:57 EDT (42 reads)
 

Berapa banyak Hakim yang berperinsip dibayar untuk menyatakan prinsip mereka?

Hero yang berprinsip bila nampak duit berjuta.

Orang yang tidak tahu menghormati Rukunegara tiba-tiba menjadi hero.

Ini duit Kerajaan, semua orang nak tahu. Kalau duit mak bapak diorang lantak lah. Kalau duit cukai judi sekalipun itu duit Kerajaan. Tak tahulah kalau taukeh judi yang bagi.

-------

Kerajaan diminta dedahkan amaun ex-gratia dibayar kepada bekas hakim

KUALA LUMPUR 20 Jun – Seorang Senator hari ini meminta kerajaan mendedahkan amaun ex-gratia yang dibayar kepada enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 20 tahun lepas.

Senator Datuk Syed Ali AlHabshee berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan kepada umum amaun ex-gratia itu secara terperinci kerana ini melibatkan wang rakyat.

“Saya hairan mengapa kerajaan masih berahsia mengenai amaun yang dibayar sedangkan rakyat berhak mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan bagi membuat pembayaran itu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, setiap kali Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan cek ex-gratia kepada bekas hakim atau warisnya, beliau enggan mengumumkan amaun cek yang diberikan atas alasan menghormati permintaan keluarga bekas hakim berkenaan.

“Persoalannya, wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia itu merupakan wang rakyat dan bukan wang individu tertentu yang tidak perlu didedahkan.

Ulasan?
Apa yang KJ merepek ni
Posted by kamaluddin on Friday, June 20, 2008 @ 13:16:17 EDT (56 reads)
 

Apa yang KJ merepek ni. Adakah ini untuk menutup cerita yang akan Yong Teck Lee dedahkan mengenai bapa mertuanya.

Apa susah sangat, beliau boleh ke Sabah sekarang untuk membeli Ahli Majlis Tertinggi SAPP untuk membelot pula. Suruh sahaja mereka buat kenyataan seperti bekas-bekas ketua hakim yang sudah dibeli entah berapa juta.

Tipu semua orang dengan mengatakan apa yang mereka kata lahir dari hati mereka sendiri tanpa ada apa-apa imbuhan. Jadikan mereka sebagai Hero.

Kerajaan banyak duit sekarang ini untuk membeli sokongan. Duit penarikan subsidi minyak ada berbilion. Inilah masa untuk digunakan bagi mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Anwar tawar jawatan TPM kepada Teck Lee?

KOTA BHARU 20 Jun — Langkah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai termakan tawaran daripada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau difahamkan, Yong akan dilantik jawatan nombor dua kerajaan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kelak.

“Dengar kata macam-macam yang ditawarkan (kepada Yong) seperti jawatan Timbalan Perdana Menteri dan royalti minyak.

Ulasan?
Peralihan Kuasa Abdullah Najib - Abdullah bakal menipu lagi
Posted by kamaluddin on Friday, June 20, 2008 @ 13:06:52 EDT (27 reads)
 

Untuk seterusnya sila layari blog Tun Dr Mahathir chedet.com

7. Harapan Najib dia hanya akan terima jawatan Presiden dan Perdana Menteri di atas talam perak (silver platter) adalah alasan supaya dia tidak perlu bertanding pada Disember ini untuk jawatan Presiden. Mengetahui sifat suka senang Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah janji untuk melepas kuasa pada tarikh yang tidak ditentukan. Sekaligus Dato Seri Abdullah berjaya untuk melenyapkan kemungkinan dia akan dicabar oleh Dato Seri Najib. Dia (Abdullah) akan menang tanpa bertanding Disember ini. Dengan itu dia akan dakwa bahawa seluruh UMNO menyokong kepimpinannya. Oleh itu tidak ada sebab dia patut letak jawatan.

8. Jika setelah kalah teruk di lima buah negeri dan satu wilayah dia masih dakwa dia menang, mustahil apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden dia akan letak jawatan. Dia akan melegakan hati UMNO dengan berjanji dia akan kerja kuat untuk pulihkan semula UMNO dan Barisan Nasional dan selepas itu dia akan serah kuasa pada Dato Seri Najib.
Ulasan?
Tolong Jangan Musnahkan Badan Kehakiman, Kata Tun Salleh
Posted by kamaluddin on Friday, June 20, 2008 @ 09:37:49 EDT (47 reads)
 

Berapa juta Kerajaan sogok untuk bercakap. Halal agaknya rezeki tersebut.

Jangan lah nak temberang orang dah tahu yang sebenarnya. Zaid sahaja masih lagi macam katak ditimpa kemarau.

Zaid juga ada agenda untuk menjadi pemimpin di Kelantan. Mimpi disiang hari lah beliau.

Jangan ingat rakyat malaysia boleh dibodohkan sebodoh Abdullah kaki tidur.

Kalau beginilah pemimpin negara, penagih dadah ditepi jalan pun layak jadi pemimpin. Pemimpin sebenar kena berfikir mendahului masa dan inovatif. Bukannya TIDOR.

KUALA LUMPUR, 20 Jun -- "Kalau anda musnahkan badan kehakiman, anda memusnahkan demokrasi dan kalau anda memusnahkan demokrasi, anda terjamin dalam pemerintahan diktator" -- ini adalah mesej keras yang disuarakan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas berhubung pemecatannya daripada badan kehakiman pada 1988.

Salleh, 79, berharap episod krisis kehakiman pada 1988 menjadi peringatan kepada generasi semasa dan akan datang untuk membimbing mereka ke arah keperluan untuk mempunyai sebuah sistem kehakiman yang kukuh dan bebas.

"Saya juga berharap krisis kehakiman pada 1988 akan berakhir dan ia akan kekal selama-lamanya dalam lipatan sejarah Malaysia, terutamanya dalam sejarah perundangan Malaysia," katanya selepas menerima bayaran ex-gratia daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, di kediamannya di sini hari ini.

Salleh berkata pelajar undang-undang di negara ini, yang membuat tesis mengenai krisis kehakiman pada 1988, telah mendapat manfaat daripada episod ini dengan memperoleh ijazah, LLB atau Sarjana mereka.
Baca seterusnya... | Ulasan?
Saya Anggap Tawaran Jawatan Senator, Wakil Khas BIMP-EAGA Sogokan Politik, Kata Yong
Posted by kamaluddin on Friday, June 20, 2008 @ 09:32:24 EDT (39 reads)
 

KOTA KINABALU, 20 Jun  -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mengakui menerima surat tawaran jawatan Senator dan Wakil Khas berkaitan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah itu menganggap tawaran itu sebagai "sogokan politik" supaya tidak terus menyuarakan isu-isu mengenai Sabah.

Yong berkata beliau menerima tawaran itu melalui "surat rahsia" daripada Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri pada 17 Jun lepas iaitu sehari sebelum Yong mengiystiharkan parti itu telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan mengemukakan usul undi tidak percaya apabila Dewan Rakyat bersidang minggu depan.

"Sebenarnya tawaran jawatan Senator and wakil khas BIMP-EAGA disampaikan kepada saya melalui Ketua Menteri Sabah. Dia (Ketua Menteri) kata kalau saya setuju, Perdana Menteri akan umum.
Baca seterusnya... | Ulasan?
Tindakan Siasat Oleh BPR Satu Ugutan Supaya Sapp Berkompromi, Kata Yong
Posted by kamaluddin on Friday, June 20, 2008 @ 09:30:43 EDT (33 reads)
 

KOTA KINABALU, 20 Jun  -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mempersoalkan kemunculan kes yang mengaitkan beliau dengan rasuah, yang beliau sifatkan sebagai 'perfect timing' sebagai ugutan supaya beliau berkompromi dengan perjuangan parti.

Yong berkata beliau hairan kenapa isu tersebut ditimbulkan secara tiba-tiba sedangkan kes itu sudah wujud bertahun-tahun lalu dan beliau sudahpun memberi kerjasama dengan memberi kenyataan berkenaan kes itu sebelum ini.

"Saya hairan, saya rasa dia punya target nombor satu adalah saya dan kedua, satu amaran kepada yang lain.
Baca seterusnya... | Ulasan?
Isu SAPP: BPR sedia siasat jika ada unsur rasuah
Posted by kamaluddin on Friday, June 20, 2008 @ 09:09:47 EDT (23 reads)
 

AKU CABAR BPR SUPAYA TELUS DAN BUAT SIASATAN TERHADAP DOLAH & KELUARGANYA BERKAITAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:-

1) Pembatalan Jambatan Bengkok yang kononnya atas alasan rakyat Johor tak nak jambatan tersebut..

2) Penjualan MV Augusta dengan nilai 1 Euro kepada Gevi SPA.. Gevi SPA pulak menjual MV Augusta dengan harga berjuta-juta Euro?

3) Bagaimana Saham GLC Avenue diturunkan nilai sehingga boleh ditelan oleh ECM Libra yang jauh lebih kecil (Mintak Kerjasama Suruhanjaya Sekuriti)

4) Penjualan saham beberapa GLC seperti Proton dan Telekom kepada Temasek Holdings dari Singapork?

5) Pengubahsuaian Seri Perdana di Putrajaya sehingga menelan ratusan juta RM..

6) Bagaimana sedara kepada Menantu BEROK Dolah boleh mendapat sebegitu banyak AP import kereta daripada MITI sedangkan MITI kata nak AP kena ada 'showroom'?

7) Pembayaran Ex-Gratia oleh Kerajaan kepada bekas-bekas Hakim KORUP yang telah pun disabitkan kesalahan oleh Tribunal yang turut dianggotai oleh para pengamal undang-undang negara Komanwel?

 Buktikan sumber pembiayaan untuk pembinaan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan acara Monsoon Cup adalah bukan daripada Wang Ehsan (Royalti PETRONAS)..

9) Ke mana sumbangan subsidi PETRONAS kepada kerajaan Dolah dibelanjakan sehinggakan menyebabkan berlakunya kenaikkan harga minyak?

10) Siasatan terhadap skandal 'oil for food' yang menggegarkan PBB tetapi langsung di'diam'kan di Malaysia?

11) Skandal SCOMI dan 'Centrifudge' yang meragukan.. Kerajaan Jepun telah menahan beberapa individu berkaitan skandal ini tetapi di Malaysia cuma warga asing Sri Lanka yang ditahan?

12) Pemberian banyak kontrak-kontrak pembinaan kepada SCOMI dan Equine Capital tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya..

13) Perbelanjaan keterlaluan untuk Sabah dan Sarawak selepas PRU kononnya untuk tujuan pembangunan walaupun sebelum ini tidak pun disebut dalam RMK9 atau semasa pelancaran Koridor-Koridor dia!

14) Penganjuran Majlis 'Dinner' oleh 'Keluarga Dolah Badawi' menggunakan peruntukan kerajaan bagi meraikan para BA-BI MAJLIS PEGUAM

15) Pembatalan Projek Landasan Berkembar kemudian meneruskannya pula hingga menyebabkan berlakunya kenaikkan kos sehinggan RM4 Bilion?

16) Kemenangan Menantu BEROK di Rembau yang dipertikaikan kerana tidak jelas dan tidak disiasat butiran harta serta pemindahan tempat mengundinya oleh SPR..

17) Pengisytiharan aset-aset Keluarga Dolah di Australia dan Singapork..

1 RASUAH POLITIK dengan menyimpan fail kes-kes serta butiran peribadi ahli-ahli Parlimen BN untuk mengugut mereka bagi mengekalkan kuasanya..

19) Pembebasan tanpa syarat terhadap ALJUBOR walaupun pernah belum tamat tempoh tahanan?

20) Bagaimana individu seperti Menantu BEROK Dolah boleh 'menyimpan' dan 'menghantar' barangan bersifat 'SEKURITI' milik ALJUBOR seperti Passport? Adakah Pegawai Imigresen lalai dalam tugas?


KOTA KINABALU 19 Jun - Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedia menyiasat jika terdapat unsur suapan atau sogokan dalam kes Parti Maju Sabah (SAPP) yang secara terbuka mengumumkan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang Dewan Rakyat, minggu depan.
Ulasan?
Dr M's words will drive Indians away from BN, says Palanivel
Posted by kamaluddin on Friday, June 20, 2008 @ 08:20:35 EDT (37 reads)
 


Lullusssss.... tengok aku undi siapa

Sebagai rujukan apa yang Tun M katakan "Samy's Folly"

Dato G(ila) memang sudah tidak sedar diri akibat kekalahan dalam PRU 12

Masih ingat apa yang beliau kata semasa berkempen "MIC tiada masalah dengan Hindraf etapi UMNO yang bermasalah dengan Hindraf).

Palanivel kalah di semua daerah mengundi yang majoritinya adalah kaum india. Beliau cuma menang di DUN Hulu Bernam kerana kerja keras Ketua UMNO Bahagian dan terpaksa menunaikan janji yang beliau buat tetapi tidak ditunai.

Setelah kalah didalam pilihanraya beliau datang kembali dengan janji-janji memberikan peruntukan. Agaknya beliau sudah rosak mental akibat kekalahan. Tidak tahu dari mana datang peruntukan yang hendak diberi. Kalau dia berjanji dengan kaum sendiri, mungkin peruntukan datang dari MIC. Beliau berjanji dengan sesiapa sahaja kononnya beliau ada peruntukan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar (kebetulan beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kementerian tersebut). Dia perasan masih lagi Timbalan Menteri.

Terus terang aku berani berkata, adalah rugi yang teramat sangat sekiranya beliau memimpin MIC. Seorang pemimpin yang lemah dan tidak berwawasan.

Kita tunggu keputusan penuh diwartakan dan saya akan tunjukkan disini dimana tempat Palanivel kalah.

Tun bukan menyerang tetapi bertahan. Bila beliau bertahan mengapa mesti melenting. Pilihanraya yang lepas pun pengundi India lari dan tidak menyokong kerana kebodohan orang seperti Dato G Palanivel dan Samy Bullu.

Aku tidak mahu tengok siapa sahaja calon MIC di Hulu Selangor selepas ini. Aku tidak akan membantu sepreti sebelum ini.

Nasib lah kita semua dapat Imam gila nama habis makmum pun semua gila.

KUALA LUMPUR: MIC deputy president Datuk G. Palanivel has urged former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad not to make statements that will further fan racial sentiments and hatred among the people.

He said Dr Mahathir should be honest in his opinions and statements, as people had become more politically aware.

“His most recent statement on Hindraf as Tamil racists will only further drive away Indian votes from the Barisan Nasional to Pakatan Rakyat.

“It is sad to note that the former PM is not aware of the fact that Hindraf includes many non-Tamil and even non-Hindu Indians. He is wrong to say that Hindraf leaders only represent Tamil racists,” he said.

Palanivel said besides remembering his own roots, the former PM should realise that PAS, PKR and DAP were all with Hindraf during the recent general election.

The former deputy Women Family and Community Development minister was commenting on Dr Mahathir’s remarks that MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu was “racist”.

Palanivel said it appeared that the former PM had lost sight of the big picture in his continuous war against Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“What civil society wants today is more freedom to be heard. The people of all races believe that the ISA is proscriptive and hinders the process of democracy. To pick on any one race and say that it is racist, is simply causing mischief,” he said.

Palanivel said past leaders and those who had lost their positions were busy apportioning blame on why Barisan lost and in doing so were only confusing supporters and non-supporters.

“Using rhetoric to subtly cover their self-interest is not going to work because people have become more politically aware,” he added.

----------------------------------------------

GUESS WHY PALANIVEL IS BARKING OUT ALOUD, TALKING ABOUT ROOTS ?


April 16, 2008 – excerpts of Dato’ Seri S.Samy Vellu’s interview in Malaysiakini.

Q : With you remaining as president until 2012, and with (former deputy president) S Subramaniam back in the fold and with (current deputy president) G Palanivel still in the picture. What will happen as far as the contest for the number two post is concerned in the (2009) party polls?

Samy : There is a fundamental misunderstanding. They say I brought back Subra. There is nothing to bring back Subra, he is already in the party. He lost in the (2006 party elections) but he was quiet in the party.

We had a lot of misunderstandings because at that time, I supported Palanivel very strongly, openly. I campaigned for him throughout the country.
He did not ask me to campaign. But I went and worked … at every state, I called for meetings and told people why we need a change in the deputy president and he (Palanivel) won the elections.

After he won the elections, a lot of people said that it is because of them that he won, but I didn’t want to say anything.

After that, there was a lot of attack on me by the press, particularly one Tamil press which is also close to Subramaniam. After the (March elections, he (Subramaniam) also felt that we are all in a disarray and it would be better to work together. He talked to me and I said, ‘Okay we’ll meet.’

We met and discussed, I said, ‘We’ll work together’. That is the only understanding we came to … to work together. I think it is more peaceful now and it is better. We have made up to strengthen the party.

Q : So will you once again openly support Palanivel in the coming party elections?

SAMY : No ! I think in future I will remain neutral.

Will this be your stand for all positions such as vice-presidency and so forth?

Samy : That I have to think later !

Baca seterusnya... | 1 ulasan
Usul tidak percaya tidak akan jatuhkan PM - Mahathir
Posted by kamaluddin on Thursday, June 19, 2008 @ 13:15:09 EDT (52 reads)
 

KUALA LUMPUR 19 Jun – Usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh Parti Maju Sabah (SAPP) terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan berjaya menjatuhkan Perdana Menteri walaupun mendapat sokongan Ahli Parlimen pembangkang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jumlah ahli Parlimen SAPP dan pembangkang masih tidak cukup untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

``Jumlah SAPP di Parlimen sedikit sangat sementara ahli Parlimen pembangkang pula terbahagi kerana ada yang tidak mahu Abdullah melepaskan jawatan dan menyerahkannya kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain.

``Satu lagi ahli Parlimen pembangkang pula ialah mereka yang mahukan Abdullah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada pakatan mereka.

``Oleh itu, usul undi tidak percaya yang diumumkan semalam tidak akan berjaya melainkan mendapat sokongan sekurang-kurangnya 35 ahli Parlimen BN,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan teh sempena Sambutan 100 Tahun Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di Hotel Istana di sini hari ini

Ulasan?
Old Articles

Thursday, June 19, 2008
· Dr. M nafi ugut pecat hakim
· Yang kena tampar kata tiada tindakan
· Dewan Tertinggi BN kutuk kenyataan Teck Lee
Wednesday, June 18, 2008
· Siapa yang tamak sebenarnya?
· Mengapa tidak di batalkan saja
· Kenyataan orang tidak tahu prosedur Parlimen - Nazri
· Usul tidak percaya terhadap PM
· SAPP isytihar hilang kepercayaan kepimpinan Abdullah
Monday, June 16, 2008
· Rakyat Mulai Faham Langkah Kerajaan Naikkan Harga Minyak - Shabery
Sunday, June 15, 2008
· Khairy: Let Petronas’ accounts be made public
· ‘Laser mouths’ leave minister speechless
Wednesday, June 04, 2008
· Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
Sunday, May 25, 2008
· Implikasi kes ICJ terhadap negara & Johor pada masa hadapan
Saturday, May 24, 2008
· UMNO sudah pun hancur?
Friday, May 23, 2008
· Pulau Batu Putih
Wednesday, May 21, 2008
· Kenapa Pak Lah Takut Berhenti?
· Pak Lah Berlindung Di Sebalik Suruhanjaya
Monday, May 19, 2008
· Tun Mahathir keluar UMNO
Sunday, April 27, 2008
· Hishammuddin Hussein memohon maaf berhubung isu menghunus keris Panca Warisan
Saturday, April 12, 2008
· Pilih lah akuuuu Pulihkan Parti kuuu
Friday, April 11, 2008
· Muhyiddin kata, Abdullah akan bincang dengan Najib mengenai peralihan kuasa
· Tun Salleh Abas, Scomi dan Kisah Anak Menantu
· Apakah Wujud Konspirasi Memusnahkan UMNO?
Monday, April 07, 2008
· Cadangan drastik Johor "ubat" pulihkah Umno
· Mesmerised by Mahathir magic
· Shabery yang pernah menghancurkan UMNO bersuara
· Pemimpin Umno diminta hentikan perbuatan menunding jari
· Ku Li kena cermin diri dulu
· Projek Ternakan Babi Di Sepang Perlu Dikaji Semula, Kata Zin
· Kempen anti-PM ke seluruh negara
Sunday, April 06, 2008
· Jawapan Tun Dr Mhathir terhadap Pak Lah
· ‘Saya akan terus bersuara’
· Dr. Mahathir bantu rosakkan UMNO - PM
· Nik Aziz selar kenyataan Karpal Singh perlekeh usaha bangunkan Islam
· Saya Tidak Ada Niat Jadi Presiden Umno Atau Perdana Menteri, Kata Dr Mahathir
· Mayday! Mayday! Mayday untuk UMNO!
Saturday, April 05, 2008
· ‘Saya bertanggungjawab’ -Ada banyak sebab kita kalah, penjelasan akan dibuat esok – PM
· Why are we worried about pigs?
· Ahmad Tajuddin mungkin dipecat
Friday, April 04, 2008
· Sudahlah Mat Taib, Anda Gagal!
· Orang itu Bukan sahaja Perlu Bersih, tetapi Ternampak Bersih
· EGM Harus Diteruskan, Kata Dr M
· Segmen Khas Untuk Penulis Blog Setiap Ahad
Wednesday, April 02, 2008
· Jangan cabar saya
Tuesday, April 01, 2008
· BN Lewat Terokai "Media Baru"
Monday, March 31, 2008
· Tun Mahathir Umpama "Api Dalam Sekam" Bagi Umno - Zainuddin
· ADUN DAP Buntong di Perak keluar parti
Sunday, March 30, 2008
· Mana Jeanne Abdullah
· Mike Tyson larang ahli UMNO hadir “Forum UMNO Pasca PRU 12″?
· Penubuhan Tribunal Bertujuan Tangani Persepsi Negatif Orang Ramai

Older Articles

 
Undur!
"WE LOST OUR PRIDE THE DAY Tun Dr. Mahathir RESIGNED"

Jelas faktor pak LAH sekali lagi memainkan peranan dalam pilihanraya.

Cuma kali ini, agak berbeza dengan 2004. Jika 2004 faktor 'tiada saLAH', 2008 faktor 'banyak saLAH'.

"Penderhakaan' terhadap Tun Mahathir juga sedikit sebanyak membawa bala kepada bn. Jadi diharap pak
LAH faham akan mesej yang cuba rakyat sampaikan.

Rakyat dah begitu jelak dengan amalan kronisme dan nepotisme hadhari pak
LAH. 'Sepanas-panas' zaman reformasi bn hanya terlepas Terengganu.

Jelas rakyat menolak kerajaan tiga beranak. Seharusnya pak lah mengundur diri sebagai memikul kegagalan mempertahankan Pulau Pinang dan Kedah serta 'dibelasah' teruk di Kelantan.

Jadi, faham-faham
LAH...undurLAH...kalau tak faham...boleh bLAH.!

Rakyat Sudah Bersuara!

Maklumat
· Majlis Penerangan isu Tun Dr Mahathir
· Surat Terbuka Kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah
· Bill Of Guarantees MSC 1996
· Budget 2007
· Blogger pembohong?
· Ucapan YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad di Majlis Anjuran Prihatin Malaysia
· Soal Jawab di Majlis Anjuran Prihatin Malaysia
· Surat Mukhriz kepada Abdullah Ahmad Badawi
· Zionis menyokong Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Malaysia Akan Datang?
· Mahathir - Anwar : Siapa Benar?
Pengunjung
Your IP: 38.103.63.18

Welcome, Pengunjung
Nickname
Password

· Register
· Lost Password
Server Date/Time
4 July 2008 21:28:47 EDT (GMT -4)
Bloggers United

Waktu Solat
Waktu Solah
Kuala Lumpur

29 JamadilAkhir 1429
Subuh 5:46 AM
Syuruk7:08 AM
Zohor 1:21 PM
Asar 4:45 PM
Maghrib 7:26 PM
Isyak8:42 PM

Undilah Mereka

Say NO to IPCMC

Menu Kategori
· All Categories
· Banjir di Johor
· Berita
· Berita Dalam Negara
· Berita Tempatan
· Catatan Peribadi
· Dilihat & Didengar
· Luahan Perasaan
· Pandangan TDM
· Pemimpin Negara
· Penemuan Terkini
· Petikan Internet
· PRK Batu Talam
· PRK Machap-Melaka
· Web Lucah
Bloggers
Google Ads
Sentinel
You have been warned!
We have caught 20 shameful hackers.

_AB_NUKESENTINEL
Referer
1: http://sopo-sentral...
2: http://mykmu.net/
3: http://www.mykmu.net..
4: http://search.yahoo...
5: http://www.mykmu.net..
6: http://www.mykmu.net..
7: http://www.mykmu.net..
8: http://malaysia.sear..
9: http://www.mykmu.net..
10: http://tunkuaisha.bl..

Kita kata kita melamun; Kita kata kita jakun; Kuno pasif dan irihati; Malas pula boleh dibeli; Suka berpolitik.
Kau dan aku, kita; Berdiri di persimpangan; Kau di di persimpangan; Kau dan aku, kita; Dalam kemelut dan kekalutan. Biarkan luncai terjun; Dengan labu-labunya; Biarkan biarkan.



Page Generation: 0.90 Seconds